MACAM MANA NAK LINDUNGI KABINET KAYU???


MACAM MANA NAK LINDUNGI KABINET KAYU???

Ok, kepada semua pelanggan KANORA KABINET, hari ni kami nak bagi tips tentang penjagaan kabinet kayu...

AIR
apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sbg penebat air sudah terbuka atau rosak, jadi anda perlu bertindak segera untuk membaikinya.. jika dibiarkan ini akan menyebabkan kerosakan dan pereputan pada kabinet lebih cepat dan mudah...

SINARAN MATAHARI
kesan cahaya matahari juga secra langsung boleh jejaskan kualiti kabinet almaklumla.. sifat kayu... biasanya warna kayu akan berubah daripada asal dan kelihatan pudar... oleh itu cara terbaik lindungi kabinet anda dari sinaran matahari, penggunaan bidai atau langsir di ruangan tingkap.. ini akan mengurangkan cahaya masuk... yeay!!

MINYAK
sekiranya ruang dapur tidak dilengkapi pemasangan hud, ini akan membenarkan percikkan minyak melekat  pada permukaan kabinet, lama kelamaan, kesan minyak yg melekat akan menebal. jika dibiarkan beterusan kerosakkan tekstur kayu akan kelihatan, untuk mengatasi masalah ini, pemasangan kipas pengalih udara adalah yang terbaik!!

SUHU DAN KELEMBAPAN
kedua faktor ini memberi kesan buruk pada kabinet dapur material kayu anda, keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan  kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. sebaliknya jika terlebih lembapan, kayu itu akan mengembang, retak dan merekah. justeru itu dinasihatkan supaya jangan sesekali menempatkan barangan plastik atau getah di permukaan kabinet kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan salah satu permukaan atau di panggil pertembungan dua permukaan (plasticizer migration).

jadi selamat menjaga kabinet dapur material kayu rumah anda!!

tips ini ikhlas dari KANORA KABINET....

Ulasan

Catatan Popular